minggu ni, aku pulangkan balik kereta myvi mak aku yang aku pinjamkan.sedih woo...dengan kereta tu la aku dah takluk satu KL..woo woo..tp nak buat macam mana..bukan kereta aku..mak aku punya..lagipun nak mantain duit minyak sangat le susah untuk kaki jalan macam aku. fyi, parents aku takde bagi duit minyak ke atau kad kredit tok isi minyak ye. harap maklum.
million thanks to my room mate, Ain for her endless supports. though she never reads my blog.inila satu-satunya insan yang memahami kesukaran aku bawak kereta. yang support duit minyak ngan tol walau aku tak mintak. kadang-kadang belanja aku makan kalau aku tak nak amik duit dia bagi. terima kasih. walaupun aku menolak, tapi jauh di sudut hati bersyukur ada kawan yang memahami. Dia cakap sama-sama keluar..sama-samala bayar kan.hehe thanks ain.sebab aku pun student lagi.mana mampu nak tuang minyak selalu..
thank you as well for being really understanding. bawak kereta ni banyak mencabar emosi aku. terutama dengan kawan-kawan. yang touching nya bukan main. yang buat aku macam driver pun ada. yang dulu bole je jalan kaki sepuluh batu tapi bila aku ada kereta nak juga dihantar di depan pintu/tangga. takpe. aku still sayang korang. pastu masalah myvi yang tak bole muat ramai-ramai.takut jugak ada yang kecik ati bila kena tinggal.susah woo.. *sila jangan fitnah cakap aku mengungkit ye..kalau aku dengar aku pegi lempang je*
actually aku bawak kereta untuk kemudahan aku balik rumah everyweek especially during Ramadhan. aku pun tak tau how i survived last year balik kampung naik bus turun bus sampai 4 jam. tp bila imagine balik macam tak sanggup je.tu la bawak kereta. tp seperti sebab-sebab di atas, it's better tinggal je kat rumah. naik je limousine aku kat ukm tu.
oh B pun cakap, tak yah bawak.lebih banyak masalah dari kelebihan.sedih nyer....baru aku faham perasaan orang yang bawak kereta.selama ni aku selamba je kutuk diorang.kate berlagak la.sombong la. rupanya ada sebab.B cakap duit minyak ni sensitif. tu yang sampai bole bergaduh. aku dah pegi IKEA dekat 3x. pergi balik dalam 20 duit minyak.oo itu tak masuk kalau aku sesat.haha..kalau kereta kancil jimat kot. tp myvi aku ni tak berapa.haish~ dan lagi satu..tol...gila la mahal...sabar je la..patutla bapak aku very the berkira duit tol ni..aku suka pakai touch n go je. so tap tap tap..tinggal rm3...orang tak nampak mahal coz tap je.aku yang top up every week. kadang-kadang time nak top up tu rasa nak nangis or nak pegi register jadi pengundi nak undi pembangkang plak..hahah mahal siot. dari bangi pegi SG besi yang sekangkang rimau tu pon rm2.70. tak masok kalau nak gi shah alam ikut high way ke. that's why most of the time aku insist pakai jalan jaoh. janji tak bayar tol. jadi orang yang cakap aku kedekut bed'ah ni sila fikirkan balik ye. i yang tap. you duduk je.tau? tak tau...meh sini top up rm50..see how long the money stay.
itu je la luahan hati ku. please la yang baca benda ni jangan sekali-kali cakap aku nak mengungkit ke, mengumpat ke, tak sedar diri ke, sombong ke.ni pa yang aku alami selama bawak kereta ni.kalau ada yang terasa, aku mintak maaf.bulan puasa tak baik touching2. kalau korang touching dengan ape yang aku cakap, then do reflection. mesti ada sebab korang terasa.but dont worry.still love you all though. hope you all love me too.
Happy 3rd Ramadhan!
1 comments:
betul2 ms Bihah bw kete kat kolej dlu pon camtu nak mintak duit minyak n tol mcm xsampai hati sbb kete kite but yg ramai2 dok menumpang nie x fikir n ms nie lah kite tau sape true fren sape tak..huk3..
yg bestnye nek bas n kemudahan ape yg ada ms stdy baru rasa enjoy n susah2..hehehe..
Selamat Berpuasa~
Post a Comment