Friday, July 22, 2011

Destiny

Takdir.

Akhir-akhir ni banyak berfikir. Eh aku hari-hari berfikir. Tapi yang ini secara serius sampai boleh sakit-sakit kepala.

Baru-baru ni heboh dekat ABF, tempat B kerja, banyak pekerja lulus temuduga untuk bekerja di Emiriah Arab Bersatu. Ye, negara itu membuka sebuah plant fertilizer sebijik macam ABF, waima syarikat yang membina plant itu juga adalah syarikat dari German yang sama. exact location tak berapa sure tp dalam 200km dari Abu Dhabi. Seronok mereka dapat bekerja di sana. Gaji besar. Paling basic 5k tak tambah elaun. paling banyak 18k-20k. sape taknak? B pun meleleh juga, meronta-ronta jiwa hendak ke sana. B cakap pergi sana cuci kaki je. Rumah, kereta, bibik semua ada. Kalau anak-anak sekolah semua dah settle. Nak balik Malaysia? No hal, tiap bulan dapat tiket free. Kereta pulak takde Honda City. Semua main Ferrarri je. Lamborcamgini.

B nak sangat pergi sana. Hari tu masa ada peluang, aku tak bagi B apply. Sebab aku tak nak pindah. Tapi bila fikir-fikir balik, sapa aku nak halang career advancement dia? He's dying to go there MAINLY because of experience. Not because of money. Sebab tu aku rasa bersalah sebab tak suruh dia apply. Housemate B dapat. In 2 months, he will be leaving. Aku tau B mesti jeles.

B said another chance is coming. I ask him to apply this time. But I firmly said that I will not follow. I love my job. walaupun posting pun tak tahu bila T____T. Somehow this situation reminds me of my mom, 15 years ago. Dejavu.

Bayangkan, aku nak ikut B tinggal Sarawak pun mak dah berat hati. Ni pulak pergi ke negara lain.

Tapi yang lawaknya boleh pulak aku terfikir benda ni. My parents moved to Sarawak and I found my soulmate there. If we move to UAE, there's a chance my children will marry Pak pak arab. nOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO! Tiba-tiba baru faham perasaan mak.heheheh

Aku harap B akan dapat kerja kat sana. Takpela aku dok kat sini. Kalau mak aku boleh jaga kitorang 5 orang, aku pon boleh jaga anak aku 3 orang.wahahahah

Bunyi aku macam confirm je B akan dpt kerja tu. Aku bersedia dari segi mental dan fizikal. at least tak terkejut beruk kan?


Tajuk asal aku takdir. Point aku, sapa yang tahu takdir dia kan? aku esok lusa punya takdir pun tak tahu lagi.

1 comments:

Anonymous said...

so dear,your husband dpt tak keje di abu dhabi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com