Saturday, September 8, 2012

Guru

Guru bercuti kata guru tiada kerja

Guru beranak kata guru terima cuti banyak tak setimpal

Guru pakai tudung Fareeda kata guru tidak ukur gaji di badan sendiri

Guru ajar tuisyen kata guru tidak komited kerja

Guru balik awal kata guru kerja senang

Guru pakai kereta Honda kata guru terima side income

Semuanya guru.....

Cuti sekolah memang banyak. Tapi sekolah berhak memanggil guru untuk bertugas 2/3 dari jumlah cuti. Ini termasuk kelas tambahan, mesyuarat, penyediaan rancangan tahunan, penganjuran aktiviti dan sebagainya.

Cuti beranak 300 hari sahaja. Walaupun cuti 3 bulan sekali beranak, itupun sampai anak ke-3 sahaja.kalau dah lebih tiga ratus hari, guru terpaksa bercuti tanpa gaji. Lagipun rezeki anak itu dari Tuhan bukan?

Guru berpesen salah, tak berfesyen dipanggil pelbagai nama. Janji tidak telanjang bulat ke sekolah.

Tuisyen. Itu bergantung kepada nawaitu guru. Tapi untuk sekolah berprestige, memang pelajar yang meminta guru buat tuisyen sebab kadang-kadang pelajar dan guru terikat dengan aktiviti sekolah dah terpaksa mengejar silibus.

Balik awal. Kebanyakan yang balik awal selalunya sekolah yang mempunyai dua sesi sebab kekurangan kelas. Tapi walaupun balik awal, kadang-kadang membawa buku untuk disemak. Kadang-kadang kalau betul-betul balik awal dan tiada bawa sebarang kerja, itu rezeki berehat. Ada tapi jarang.

Kereta mahal. Percayalah kadang-kadang guru-guru yang pakai kereta mahal setelah 10 tahun dalam perkhidmatan. Kalau guru-guru baru posting pakai kereta mahal mungkin mereka tiada komitmen ataupun tinggal bersama keluarga.

Sedikit sebanyak perkara yang bermain dalam kepala aku dua tiga hari ni. Tidak ada pekerjaan di dalam dunia ini yang senang, yang tiada masalah. Tapi janganlah terlalu cepat menuding jari dan menuduh profesion ini sebab bahu yang sudah hampir senget ini makin senget apabila dilontarkan pelbagai tohmahan yang kebanyakannya adalah berdasarkan apa yang dilihat, bukan dialami.

Tidak kiralah doktor, jurutera, kerani ataupun pembersih, kita semua wujud dan memerlukan satu sama lain. Setiap profesion memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah negara. Hormat menghormati adalah kuncinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com