Thursday, September 16, 2010

saya suka membazir~

hari ini keluar shopping lagi bersama abang, isteri abang dan juga anak abang. ye saya tau bunyi post ini agak gedik. demam berblog dalam bahasa 'ibu lidah' belum berakhir. penat lagi agaknye.

hari ini pergi membeli belah di Jusco bandaraya. dekat Melaka ada dua Jusco: Ayer keroh dan bandar raya. yang bandar raya sangat besar jadi fefeling kaya kekdahnya kami ke jusco bandaraya. dahla besar jadi berbaloi berhabis duit.jusco ayer keroh kecik je cuma sekangkang anak buah aku je..miehehehehe

sampai jusco kitorang pergi makan dulu. best dapau 'pau' duit abang sendiri lalu menuju ke Kenny rojes. seronok makan ada orang lain bayar..order macam biasa quarter meal dan 3 side dishes: garlic parsley, macaroni and cheese dan fresh fruit garden. sejak mengenali kewujudan abang kenny tak pernah order yang lain. cuma sebab ada orang belanja nak order air mahal. selalu kalau bayar sendiri order air mineral je sebab paling murah T_____T ye aku memang pathetic..lame giler tengok menu nak order air ape..last last caffe mocha jugak sebab harga die rm9..niat nak pau abang sendiri kan..tunggu punya tunggu order pun sampai. mak aih..air caffe mocha itu nampak biasa je..slurrrpppp...rasa air nescafe aku buat kat rumah..cehhhh!!!!!!!!!! tak menarik langsung.

lepas sesi makan-makan minta diri dengan kakak ipar nak merayau sendirian. berjalan survey harga baju lelaki untuk buah hati jantung pisang sempena ulang tahun cinta monyet kami yang ke 6. sumpah susah nak decide sebab selama 6 tahun ini banyak gile dah bagi baju kat jantung pisang..cukup nak bukak butik gamaknya..tapi last-last amik jugak kemeja..untung jantung pisang mempunyai kulit yang cerah..pakai ape pon molek je..

time nak bayar tetiba TERlalu pulak ladies area.nampak baju longgok 50% diskaun. kejam sungguh jUSCO ini saje nak perhabeh duit aku.time terlalu tu TERambik pulak 2 tshirt.yang cikai bawak pakai pergi kuliah je. epp epp..tak mahal pon cuma campur dua2 tak sampai rm20..pastu time nak pergi cashier teringat niat mahu membeli 'pakaian bawah'. mata pon pergi ke arah tempat itu. carik yang paling murah.haha benci bila area baju dalam wanita banyak pula lelaki tersadai di tepi tepi lorong. malu nak pilih rembat apa yang patut terus pergi bayar.

lepas tu pergi survey hadiah besday anak buah pertama. Adam. ternampak yang berkenan terus call adik tercinta untuk memastikan harga barang dipersetujui. berjaya. lepas tu pergi carik abang yang terpisah beberapa ketika tadi.

sebelum balik, pergi ke tempat hadiah anak buah untuk beli. tidak beli awal-awal sebab terlalu besar untuk diangkut.oh ye anak buah kedua, ikha turut dibelikan hadiah oleh ayah dan ibunya.eh salah..ayah dan ibu cuma pilih je..tapi dibayar menggunakan duit raya ikha..haha ok lepas beli semua keperluan kami pun berlalu pulang ke rumah.

singgah di stesen minyak Cheng tetiba Ikha memberakkan dirinya di dalam kereta. satu kereta bau najis itu dan kami hanya mampu bersabar sampai ke rumah.

sampai di rumah terus merilekkan diri,

itula serba serbi kejadian harii ini. saya gembira kerana walaupun telah pokai, saya telah membeli barang keperluan jantung pisang masak lemak cili padi saya, hadiah anak buah saya dan juga barang saya sendiri. sekian melaporkan untuk blog sampah ini =)

1 comments:

Norma Jean said...

beruntung sungguh jantung buah pisang masak lemak cili api tu yer (>_<) ehehe~ wish we can go shopping-day-out lagi... heheheh~ only u n iera can give best comments.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com