Wednesday, September 15, 2010
sepiking melayu ari ni ye.penat.

hari ni bangun tido tiba-tiba rasa cemas. sebab malam tadi mimpi jumpa madam supervisor kesayangan pasal thesis and terus chapter 4 dan 5 kena approve. sangat gembira. sampai salam dan peluk madam supervisor. siyes ini mimpi malam tadi.

lepas tu bangun cuba fikir balik tentang kegembiraan malam tadi. reality menikam dadaku. chapter 2 pun belum approve. draft protocol pon belum. lepas cuti ada 5 minggu je tinggal. tak masuk minggu kena bentangkan hasil mini thesis.mati la matila.. itu tak termasuk assignment Literature dan juga diskos dan juga sains kehidupan. rasa nak pengsan lepas bangun tidur. adoi penat penat.lepas mandi cuba-cuba edit chapter 2. kembali runsing sebab perjumpaan terakhir sebelum cuti madam supervisor nak yang ringkas sahaja. adakah 7 muka surat dikira ringkas? terus tak ada mood nak buat. sudah siapkan draft awal-awal lagi sebelum madam supervisor keluar statement supaya buat ringkas-ringkas. ni yang malas jadi rajin. terlebih buat.

lepas tu beberapa hari ini asyik bergaduh dengan B. benda yang remeh temeh je pon. entah macam mana gaduh-gaduh pujuk pujuk, kami sampai ke satu keputusan.keputusan yang macam terburu-buru. semoga kami tabah dan berada di jalan yang betul dengan keputusan ini. keputusan apa? tunggu dah confirm saya akan bagi tau.

banyak betul benda nak fikir minggu ni. tapi kebanyakannya sebab thesis yang dah terkandas sebab madam supervisor tak reply email. sudah hantar banyak kali tapi masih sunyi sepi macam talian talipon yang terputus. nak hantar email banyak-banyak nanti takut mengganggu madam supervisor dan takut beliau akan membenci empunya diri. apa nak buat?die super diriku hanya...ape antonim untuk super?

benci macam ni. tak ada mood nak buat assaimen lain selagi thesis tak berjalan.menci tau...ape tah direpekkan ini.macam makan kerepek. krukk krakk krukk krakk..telan masuk perut. eh..ntah hape hape..

duit raya tahun ni sangat membanggakan sebab di kala umur 23 tahun, kutipan tertinggi sejak dilahirkan.bagusnya..tp dah dibelanja semua semalam beli benda yang agak penting la jugak. takpe..lepas ni tak de merayau lagi. duit elaun banyak dah masuk tabung haji, simpan buat kawen. yang lebih2 tinggal diharap mencukupi sampai habis semester ini. semoga diriku tidak boros. malu dekat orang tabung haji. awal semester bangga masuk sampai 2 ribu lepas tu nak hujung-hujung semester mesti ade yang keluar.nak buat macam mana akak tabung haji, ambo belum kerja lagi.

ape lagi nak melalut ni?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com