Thursday, August 4, 2011

Depress

I just hate it whenever I log into Facebook and have to read very depressing status.

that's why I only visit my fb like once a day. i now tweet instead.

if you really have nothing else to do, go cook, sew, dance, garden or any other physical activities that not only take your mind off being unemployed but beneficial too.

Kudos to some of my classmates who spend their time cooking, dancing, bibiking, part timing or sit quietly at home.

And kudos to Shafiq also who has never gone tired working on our posting thingy.

some people just sit around and whine and wait for other people to do something.

I can hide you but i've hid you from my wall too many times already and am tired had to undo the hide thingy.

ok now i'm done whining.

p/s just fyi, i have emailed KPM 2times and and called once and the answers were always depressing =,='

p/s in case you dont believe me, here I paste the reply I got from KPM. It didnt help at all anyway. hee this letter might be useful for GST la...


This is my letter to KPM. 


Salam,
Saya Siti Nurul Ain, pelajar jurusan TESL ambilan Julai 2005 bawah tajaan BPG. Saya ingin bertanya bilakah kami akan diberi penempatan kerana sehingga kini masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenainya.

Kami sudah mengisi borang penempatan 2 tahun sebelum tamat pengajian. 
Harap mendapat maklum balas secepat mungkin dari pihak kementerian.
Terima Kasih.
Kementerian Pelajaran


AND this is the reply:




“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Tuan/Puan,

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin merujuk kepada pertanyaan Cik/Puan Siti Nurul Ain Binti Abdul Razak rujukan : 204056 bertarikh 11hb Julai 2011 berkaitan dengan Permohonan Guru Sandaran Siswazah Terlatih.
Untuk makluman,  bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam perlu memohon sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) melalui aplikasi atas talian (e-GST) di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia melalui capaian http://www.moe.gov.my/.

Untuk pengetahuan puan, permohonan temuduga Guru Sandaran Siswazah Terlatih melalui aplikasi e-GST telah dibuka pada 20hb Disember 2010 dan telah ditutup pada 15hb Januari 2011 yang lalu. Namun begitu, tiada tarikh yang tetap bagi sesi permohonan seterusnya akan dibuka.

Oleh yang demikian, adalah disarankan kepada puan untuk membuat semakan di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa bagi mendapatkan sebarang pemberitahuan dan maklumat terkini berkaitan dengan permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi e-GST tersebut.

Berikut adalah syarat-syarat asas bagi permohonan e-GST :-

    1.   Kewarganegaraan - Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

    2.   Umur - Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa pada tarikh tutup iklan dan kurang daripada 50 tahun pada tarikh permohonan.

    3.   Kelayakan :-
              i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
              ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
              iii. Mendapat kepujian Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    4. Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.

Panggilan temuduga Guru Sandaran Siswazah Terlatih akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan e-GST. Sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tersebut, permohonan tersebut dianggap gagal dan disarankan untuk membuat permohonan baru.

Selain itu, pengambilan Guru Sandaran Siswazah Terlatih adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat, opsyen pengajaran dan juga keperluan perkhidmatan di sesebuah kawasan. Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih juga akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh temuduga dijalankan. Sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tersebut, permohonan tersebut dianggap gagal dan disarankan juga untuk membuat permohonan baru.

Walaubagaimanapun tiada tarikh yang ditetapkan bagi panggilan temuduga dan juga pemberian penempatan bagi Guru Sandaran Siswazah Terlatih. Oleh itu calon-calon disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia melalui capaian seperti di atas bagi mendapatkan sebarang pemberitahuan dan makluman terkini berkaitan dengan perkara tersebut.
Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu Cik/Puan Siti Nurul Ain Binti Abdul Razak.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM)  di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan puan seperti di atas.

Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.

Sekian.

“SEDIA BANTU”

Yang benar,

NURSUHADA BINTI MUSTAFA
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia

2 comments:

valentine87 said...

sidak tok copy paste dari surat lain...just tukar detail dirik jak..huhu

Nurul Razak said...

nang pun.. 2x ku anta. camtok juak. malas gik aku.haha yalah ku sik padah rah group kita sebab jawpn nya sik relevan.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com