Ini berdasarkan pengalaman sendiri ok. Korang semua macam mana?
1. Kanak - kanak
Masa peringkat ni yang aku ingat nak beli kasut yang ada tumit sikit especially time raya. Sebab nak show off dengan kazen mazen kasut aku tinggi. Dah rasa-rasa dewasa pkai mekap suma.haha Around this age conversation bersama rakan-rakan kebanyakan pasal nak main masak-masak, nak tidur rumah sapa malam ni. Itu je aku ingat.
Aku yang paling menyerlah disitu.haha
2. Sekolah Rendah
Almost macam zaman kanak-kanak. tapi towards the end, Darjah 6, mula menyedari perbezaan antara perbezaan gender. Masa darjah 6 ni la aku mengalami perasaan suka dengan budak lelaki. Tapi masa ni diam-diam je. nak cakap dengan kawan pun malu. Tapi masa ni bakat jadi stalker dah mula bertapak.hahaha
3. Sekolah Menengah
Zaman mencabar. Bak kata ustazah Nooranita, time Form 3 zaman penentu masa depan. Sebab Form 1, innocent busuk-busuk bau stong lagi. Naiveee. Form 2 dah start buat grouping (apply untuk yang tinggal hostel saje ye). Masa Form 2 banyak la group2 pemes. Group Masin la, group Power Ranger la, Group Toyol la. Ok budak sekolah agama pun hebat! Form 3, group dah kuat, dah bertapak mula nak tunjuk perangai. Tu sebab ustazah nooranita selalu membebel masuk kelas. Betul agaknya. Aku pernah kurang ajar sekali ngan die sebab dia kutuk nota aku tulisan buruk. Aku geram. Buat muka dan hempas barang.hahaha kenangan. Masuk Form 4, ok sikit. tapi still berhantu jugak. Ni zaman gatal. Girls mostly dah ada boipren. Kalau takde pun, jadi stalker. hantar surat menyurat yang kadang-kadang dilayan dan tidak. Masa ni kalau time prep malam, pakai baju samer color dengan admire pun dah berbunga habis dah hati. Konon sehati sejiwa.hahahahahha Form 5, baru betul-betul ok. Dah matang sikit kan. Nak SPM pun. tapi takde la SPM sangat. Aku suka Form 5 sebab boleh potong barisan kat dewan makan sesuka hati, Juniors takleh cakap pe la. hahahahah
Time Form 4
4. Zaman Pre - U dan Universiti
Zaman berkenalan dengan environment baru. Jauh dari rumah, jauh dari buah hati. hehe masa ni seronok jumpa kawan-kawan baru. tapi zaman ni bagi aku sangat teruk . Back stabbing tak yah cerita. aku sekali join group tu.(pengakuan exclusive). maybe masa ni tengah carik sense of belonging kat tempat baru. adaptation to new environment. Tapi towards the end, semua dah ok. Sebab dah matang kot. Tapi ada la jugak yang still masih stuck zaman jahiliah. tak habis2 pedajal orang. tak suka tengok orang senang kot. masa ni jugak perempuan dah mula mencari pasangan hidup. dan fokus perhubungan juga serious - Kahwin!!.
My coursemates =)
5. Dah Kahwin
aku belum kahwin, tapi dari pengalaman begaul dengan orang-orang dah kahwin - serious banyak gila kawan aku dah kahwin.hahaha. mostly mereka akan bercerita pasal husband sahaja di mana kadang kala, kadang kala ok aku rasa bernanah gak telinga nih. tapi biasala, kita kan bercakap mengikut perkembangan sekeliling kan? husband termasuklah hal keluarga mertua, ipar duai dan segalanya. itu ok jugak. Ada jugak yang bercerita tentang sex life *gulp* mereka dimana bagi aku tidak appropriate. aku old skool sikit. whatever happens in your chamber of love, better keep it for the both of you.aku tak minat nak dengar. lagi pun kalau dalam Islam dosa per.. Ada yang dasyat siap cerita kehebatan suami di ranjang! ok fine aku tak perlu tau.hahahahaha kenapa aku gelak?? sebab aku geli.hahahah
6. Dah dapat anak
Aku belum ada anak, tapi berdasarkan pengalaman kakak2 ipar dan rakan taulan, mostly at this stage perempuan akan bercakap pasal anak. yang ni aku ok sebab aku pun suka budak2.hihi ibu2 suka bercerita pasal baby, breastfeeding, baby stuffs, baby development, baby burp, baby puke, baby poop.haha masa ni bunyi pasal husband pun tak dengar dah. comel ok. Adakah aku akan jadi begini jugak??? =)
Sorry suz, gambar tok seswai ngn tema.hahaha sebab iera tengah pegang perut.
Ikha and Adam. Comel kan? Kan? kan? Sila cakap comel!!!
7. Anak dah besar
Masa ni perempuan heboh nak cantikkan badan sebab umur dah meningkat. Betul ke? Ini pun dari pengalaman. Standard la tu. Suka je dengar discussion akak-akak pasal benda ni.Dapat gak tips.
8. seterusnya...
Tak tau dah sebab takde geng umur 40 an. makcik2 ada la...nak share???